Yayasan UMP      

Yayasan UMP    

Berita

Previous Next

INISIATIF PROJEK DAPUR KITA 1.0 YAYASAN UMPSA 2025 MENGAGIHKAN BURGER SECARA PERCUMA KEPADA MAHASISWA UMPSA

12 Januari 2025 – Yayasan UMPSA telah merealisasikan Projek Dapur Kita 1.0 2025 dengan menyediakan 300 bungkus burger yang diagihkan secara percuma kepada mahasiswa UMPSA di Kampus Pekan dan Kampus Gambang.

Projek yang berlandaskan konsep “Mahasiswa Bantu Mahasiswa” ini melibatkan penyediaan dan pengagihan makanan yang dilakukan sepenuhnya oleh mahasiswa UMPSA, melalui Skuad Yayasan UMPSA.

Program yang berlangsung serentak di Pusat Aktiviti Pelajar, Kampus Pekan dan Payung Putih, Kampus Gambang telah berjaya mengukir senyuman di wajah penerima sambil memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa. Uniknya, inisiatif ini digerakkan sepenuhnya oleh sukarelawan Yayasan UMPSA, yang mengambil alih setiap langkah proses pelaksanaan daripada penyediaan roti burger, memasak daging, membungkus, hingga memastikan setiap burger sampai kepada penerima dengan selamat.

Projek Dapur Kita ini telah menjadi signature program berpanjangan di bawah Yayasan UMPSA, yang terus memberikan manfaat kepada mahasiswa dengan memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan komuniti kampus.

Inisiatif ini bukan sekadar agihan makanan tetapi juga simbol kasih sayang, dan keprihatinan yang terpancar dalam komuniti UMPSA. Dapur Kita jelas menunjukkan bagaimana mahasiswa boleh menjadi agen perubahan positif, membentuk kampus yang harmoni dan penuh semangat kekeluargaan.

Previous Next

USAHA BERTERUSAN YASA-UMPSA PERKASA PELAJAR LUAR BANDAR MELALUI KELAS TUISYEN PERCUMA

 
Pekan, 19 Julai 2025 – Siri Ke-9 Program Tuisyen Komuniti YASA-UMPSA diteruskan hari ini di UMPSA Pekan dengan penglibatan pelajar daripada 7 buah sekolah sekitar Darrah Pekan. Program ini merupakan kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dalam memperkasa pelajar B40 menghadapi peperiksaan SPM.
 
Bagi sesi pagi, dua kelas berjalan serentak melibatkan subjek Matematik bersama Anis Ayuni Binti Ab Wahab (SMA Al-Attas) dan Matematik Tambahan bersama Cikgu Juliani Binti Yunus (MRSM Tun Abdul Razak). Manakala sesi petang menyusul dengan kelas Sains bersama Ariffa Rizan Binti Zahari (SMK Indera Shahbandar) dan Kimia bersama Cikgu Mariana Binti Mohd Nasir (SMK Pekan).
 
Kelas dijalankan secara bersemuka di bilik kuliah UMPSA Pekan, dengan pendekatan interaktif yang menekankan pengukuhan konsep dan strategi menjawab soalan peperiksaan.
 
Program ini membuktikan komitmen berterusan YASA-UMPSA dalam menyediakan akses pendidikan berkualiti secara percuma kepada pelajar luar bandar, selaras dengan usaha membina masa depan cerah untuk generasi muda negara.
MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA YAYASAN UMP 2020 IJAZAH SARJANA PENYELIDIKAN

MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA YAYASAN UMP 2020 IJAZAH SARJANA PENYELIDIKAN

Julai 13 - Buat pertama kali, Yayasan UMP telah meluluskan peruntukan bagi penajaan Biasiswa Yayasan UMP sebanyak RM260,000 kepada 20 orang pelajar Ijazah Sarjana Penyelidikan tahun 2020. Biasiswa ini diberikan bagi membantu meringankan beban dan pemangkin semangat untuk fokus diperingkat pasca siswazah selain menjadi pendorong kepada pelajar pra siswazah untuk menyambung pengajian di peringkat pasca siswazah. Majlis penyerahan biasiswa ini telah disampaikan oleh Dato' Sri Md. Sharif bin Shamsuddin, Pengerusi Yayasan UMP. Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya menerima biasiswa ini.

#YayasanUMP
#MyGiftUMP
#PilihlahUntukBerkongsi

PENYERAHAN SUMBANGAN DARIPADA PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS (PPTI) DAN PERSATUAN WANITA UMP (MATAHARI) KEPADA STAF B40 UMP

PENYERAHAN SUMBANGAN DARIPADA PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS (PPTI) DAN PERSATUAN WANITA UMP (MATAHARI) KEPADA STAF B40 UMP

 

KUANTAN, 6 Mei 2020 - Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PPTI) UMP dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) dengan kerjasama Yayasan UMP telah menyerahkan Sumbangan Kit Bantuan COVID-19 dan Ramadhan 1441H kepada warga staf B4O UMP. Sumbangan berupa barangan keperluan harian disampaikan oleh En. Raizalhilmy Mohd Rais selaku Presiden PPTI UMP dan sukarelawan Yayasan UMP yang diselaraskan oleh En. Ferdaus dari Pejabat Naib Canselor (PNC) UMP. Yayasan UMP ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa PPTI dan MATAHARI dalam membantu staf yang memerlukan.

 

MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg

MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg

Pekan, 4 Julai – Prihatin terhadap permasalahan dalam industri mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang menghasilkan Mini Heavy Loaded Forklift Autonomous Guided Vehicle (MHeLFAGV)

UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates

UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates

Universiti Malaysia Pahang (UMP) became the first public university in the country to use Blockchain technology for UMP Valid8

UMP researchers invented stingless bee honey suction pump for more quality produce

UMP researchers invented stingless bee honey suction pump for more quality produce

A group of researchers from Universiti Malaysia Pahang (UMP) has developed a product called ‘Sleek Pump’ to make it easier for stingless bee farmers to extract honey without compromising the quality.

UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation

UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation

Universiti Malaysia Pahang (UMP) will celebrate the graduation of 2,773 of its students in its 13th convocation ceremony to be held over two days on November 10 and 11 at UMP Gambang Campus Sports Complex.

Image
— Hubungi
Pejabat Yayasan UMPSA
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26000 Pekan Pahang
Pahang Darul Makmur
+609 431 5075
yayasan@umpsa.edu.my

— Capaian Pantas