Projek Sentuhan Kasih
Projek Sentuhan Kasih merupakan projek berteraskan kesukarelawan yang dilaksanakan di Bukit Besi, Terengganu. Projek ini melibatkan 21 orang sukarelawan daripada skuad Yayasan UMP yang terpilih iaitu seorang staf UMP dan penduduk Bukit Besi yang dijalankan selama empat hari tiga malam bermula 20 hingga 23 Januari 2020.


Matlamat utama projek ini adalah bertujuan untuk mendidik skuad menjadi jurubicara masyarakat serta menyantuni keluarga desa. Ia juga merupakan satu lonjakan ke hadapan bagi melestarikan kesinambungan kepimpinan dahulu. Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan bermula dengan khidmat bakti di rumah warga tua, diikuti dengan pembersihan Surau Kampung Besul Baru dan Kampung Besol Lama. Selain daripada itu, Pecha Kucha Night juga telah dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap pengucapan awam Skuad Yayasan UMP. Manakala waktu terluang pada petang hari dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kampung seperti memancing, mandi tasik dan sungai.


Aktiviti yang dijalankan seperti memasak, melatih peserta lebih berdikari dan berdisiplin dalam menguruskan kehidupan seharian serta mengurangkan tahap kebergantungan terhadap urus setia program dengan bekerjasama dalam menyediakan makanan bersama manakala khidmat bakti rumah orang tua, memupuk sikap prihatin dan peka dalam diri peserta terhadap masyarakat sekeliling begitu juga memupuk semangat kesukarelawan dalam diri peserta. Peningkatan tahap pengucapan awam peserta dan memaksimumkan penggunaan teknologi dalam pembangunan insan dapat dilihat semasa slot Pecha Kucha Night. Selain itu, slot refleksi juga dilihat amat membantu skuad yang menyertai projek ini kerana skuad bersama-sama mengeluarkan idea masing-masing untuk penambahbaikan program-program Yayasan UMP yang akan datang.