Projek Inspire @ SK Seberang Perak

Seramai 22 orang pelajar dan lapan orang alumni daripada UMP telah menyertai Projek Inspire@SK Seberang Perak pada 7 hingga 9 Februari 2020. Objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara sekolah dan pelajar UMP. Program juga dapat melahirkan murid yang mempunyai jati diri yang tinggi di samping mengenal potensi diri serta bermotivasi untuk belajar. Pelajar UMP juga berkesempatan untuk menziarah alumni UMP, Ahmad Badruzzaman dan keluarga beliau di Bota Kiri.
Image
Image
Sesi penyerahan peserta secara rasmi telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seberang Perak kepada skuad Yayasan UMP. Seramai 100 orang murid tahun 5 yang telah terpilih untuk melibatkan diri dalam program ini. Sebanyak 14 modul telah dilaksanakan seperti Tak Kenal Maka Tak Cinta untuk ice breaking di antara peserta dan fasilitator dan dibahagikan kepada 10 kumpulan. Seterusnya bob the builder bertujuan untuk melatih diri menjadi lebih peka terhadap arahan ketua. Manakala modul timeline pula memberi ilmu pengetahuan kepada setiap pelajar untuk merancang masa depan mereka mengikut garis masa yang akan ditetapkan. Dan juga modul Jendela Jauhari, Salah Siapa?, Story Behind The Paper, Invosi, Last Man Standing, Pulau Impian, Kau Aku Kita, Cheers Wars, Cermin Diri, Inspire dan Hati Ke Hati. Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan yang selesa untuk pelajar UMP menjalankan aktiviti dengan lancar sepanjang tiga hari dua malam di sana. Selain itu, suasana persekitaran sekolah juga agak luas dan ini membolehkan pelajar UMP mengawal murid dengan teratur.
Image
Image
Guru besar mewakili pihak sekolah sangat berterima kasih kepada pelajar UMP kerana sanggup datang dari Timur untuk berjumpa murid Sekolah Kebangsaan Seberang Perak. Beliau berharap boleh bekerjasama lagi pada masa hadapan. Majlis penutup Projek Inspire@SK Seberang Perak di hadiri oleh Ketua Pegawai Operasi UMP, Abd Hamid Majid.
Ikuti kami di