Program Kembali ke Sekolah
Program Back to School merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan kepada golongan B40 di kawasan luar bandar. Melalui program ini, pihak UMP bersama rakan penaja, Etika dan penyumbang, Canggih bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum sesi persekolahan 2020. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan Yayasan Universiti Malaysia Pahang dan juga rakan kerjasama Canggih.


Objektif utama program ini adalah bagi mengurangkan beban kesusahan golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2020 dengan unifom serta kelengkapan persekolahan yang mencukupi. Program ini memberi fokus kepada keluarga miskin yang mempunyai tanggungan yang ramai serta kurang berkemampuan untuk menyediakan uniform dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka.


Sesi penyerahan bantuan kembali ke sekolah kepada 200 orang murid dari 11 buah sekolah di sekitar UMP Pekan. Program berlangsung di Dewan Serbaguna, UMP Pekan pada 19 November 2019. Antara sekolah yang menerima manfaat adalah Sekolah Kebangsaan Ubai, Sekolah Kebangsaan Langgar, Sekolah Kebangsaan Pahang Tua, Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh, Sekolah Kebangsaan Serandu, Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya, Sekolah Kebangsaan Pulau Serai, Sekolah Kebangsaan Ahmad, SJK (Cina) Yoke Hwa, Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar, dan Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya. Sesi penyerahan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Etika Takaful Berhad Wilayah Timur, Yang Mulia Tengku Saifuddin Tengku Zainal Abidin. Program ini merupakan hasil kerjasama erat di antara UMP dan Etiqa bagi memperkukuhkan lagi jaringan strategik kedua-dua pihak yang telah sedia ada.