JELAJAH DESA @ POS MANSON

Yayasan UMP dengan Kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengadakan program Jelajah Desa di Pos Menson, Cameron Highland selama tiga hari dua malam bermula 20 hingga 22 Mac 2019. Seramai 29 orang penerima biasiswa Yayasan UMP telah menjadi sukarelawan dalam program ini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjalankan aktiviti khidmat komuniti masyarakat orang asli dengan pelajar universiti. Dalam masa yang sama, program ini telah meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan generasi muda dengan memberi peluang kepada mereka menyumbang tenaga kepada masyarakat tempatan.
Image
Image
Pada hari pertama, sukarelawan bergerak dari UMP pada jam 7 pagi dan tiba di Sekolah Kebangsaan Menson sekitar jam 3 petang. Pengarah program, Ee Hui En memberi taklimat kepada peserta yang terdiri daripada 81 orang pelajar darjah 1 hingga 5. Sukarelawan turut berpecah kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama ditugaskan untuk melukis mural di salah sebuah dinding manakala kumpulan kedua mengadakan perkongsian ilmu bersama pelajar. Sesi pertama yang dijalankan bersama peserta adalah solve the puzzle. Setiap peserta telah diberi sebahagian gambar dan mereka perlu mencantumkan semua kepingan kepada 10 gambar yang sempurna. Setiap gambar yang terhasil merupakan nama kumpulan mereka dan setiap kumpulan dibimbing oleh dua orang fasilitator dalam kalangan sukarelawan UMP. Pada jam 8 malam, sesi kedua iaitu bonding session. Antara aktiviti yang dijalankan dalam sesi ini ialah arkitek muda, kerusi emas, perang mulut, tali kasih, sungai asid, dan gula harta karun. Tujuan utama sesi ini bukan untuk menghiburkan peserta tetapi untuk menguji kreativiti peserta. 

 

Pada hari kedua, sesi ketiga dimulakan dengan aktiviti senamrobik di pandang sekolah. Kemudian, salah satu inti pati program ini, iaitu science street dijalankan dengan pembahagian kepada 12 stesen. Antara stesen yang disediakan dalam sesi keempat ini adalah Terbang ke Bulan, Bernoulli, Gunung Berapi, Telur Terapung, Corn-Starch, Fire Bender, Buzzwire, Invisible Code, Magic Milk, Lava Lamp, Walking Can, dan Fitting Room. Semua stesen ini adalah demonstrasi eksperimen dan penerangan yang mudah kepada peserta. Contohnya, stesen Bernoulli adalah eksperimen roket air, prinsip Bernoulli telah diterangkan kepada peserta supaya mereka lebih faham tentang prinsip ini yang berlaku di sekeliling kehidupan harian kita. Semasa penutupan sesi ini, sebanyak 11 buah basikal yang dibaiki oleh sukarelawan telah di sumbangkan kepada Sekolah Kebangsaan Menson. Sesi seterusnya pada jam 5 petang ialah aktiviti sukaneka yang melibatkan sukarelawan, peserta dan keluarga peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah futsal kampung style, isi air dalam botol, gelang emas, ping pong melompat, kacang beracun, belon air, dan bomba penyelamat. Sesi ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara sukarelawan dan penduduk tempatan. Sesi kemuncak iaitu malam kebudayaan pada jam 9 malam. Pada malam tersebut, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin telah merasmikan program Jelajah Desa yang turut dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Menson, Norzihan Rijaludin dan Ketua Eksekutif Yayasan UMP, Mohd Jamil Mohd Jaafar.  Sukarelawan dan peserta juga telah mempersembahkan persembahan yang menarik seperti tarian zumba dan lakonan komedi.
Image
Image
Pada hari ketiga, pada jam 8 pagi, sesi gotong-royong telah dijalankan di Surau Kampung Orang Asli Pos Menson. Panel solar sumbangan Yayasan UMP dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah dipasangkan di surai tersebut. Sumbangan makanan turut diagihkan dari rumah ke rumah dalam kampung tersebut oleh para sukarelawan. Sebelum pulang, sukarelawan mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman bersama peserta dan juga guru yang banyak memberi kerjasama sepanjang program Jelajah Desa. Secara menyeluruh, program ini memberi impak yang tinggi kepada sukarelawan dan peserta. Pihak Yayasan UMP turut berharap semua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Menson akan berjaya pada masa kelak supaya dapat menaikkan taraf kampung mereka.
Ikuti kami di