MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA YAYASAN UMP 2020 IJAZAH SARJANA PENYELIDIKAN

MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA YAYASAN UMP 2020 IJAZAH SARJANA PENYELIDIKAN

Julai 13 - Buat pertama kali, Yayasan UMP telah meluluskan peruntukan bagi penajaan Biasiswa Yayasan UMP sebanyak RM260,000 kepada 20 orang pelajar Ijazah Sarjana Penyelidikan tahun 2020. Biasiswa ini diberikan bagi membantu meringankan beban dan pemangkin semangat untuk fokus diperingkat pasca siswazah selain menjadi pendorong kepada pelajar pra siswazah untuk menyambung pengajian di peringkat pasca siswazah. Majlis penyerahan biasiswa ini telah disampaikan oleh Dato' Sri Md. Sharif bin Shamsuddin, Pengerusi Yayasan UMP. Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya menerima biasiswa ini.

#YayasanUMP
#MyGiftUMP
#PilihlahUntukBerkongsi


Cetak   Emel