BENGKEL PROTOKOL
Bengkel Protokol dan Pengurusan Acara merupakan satu platform latihan berfokuskan kemahiran mengurus majlis rasmi secara profesional, teratur dan mengikut tatacara protokol yang betul. Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada ilmu pengurusan acara, struktur aturcara, penggunaan gelaran rasmi, susun atur tempat duduk, serta etika pemakaian dan komunikasi dalam acara rasmi. Bengkel ini turut memberi penekanan kepada kepentingan imej dan keterampilan diri sebagai wakil organisasi ketika mengendalikan sesuatu majlis.
BENGKEL BUKU LAPORAN DAN ASAS INFOGRAFIK
Bengkel Penulisan Buku Laporan dan Asas Infografik merupakan inisiatif latihan yang memfokuskan kepada pengukuhan kemahiran dalam penyediaan dan pengeditan buku laporan secara sistematik serta asas penghasilan infografik yang berkesan. Melalui dua slot utama – penulisan laporan dan infografik – peserta didedahkan kepada kaedah penyampaian maklumat yang tersusun, menarik dan mudah difahami. Bengkel ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4) iaitu Pendidikan Berkualiti, dengan menekankan pembelajaran sepanjang hayat serta pembangunan kapasiti individu dalam kalangan sukarelawan Yayasan UMPSA.
BENGKEL MEDIA SOSIAL

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS
Bengkel Pengacaraan Majlis diadakan adalah bertujuan memberikan pendedahan dan latihan asas kepada peserta dalam bidang pengacaraan majlis khususnya. Program ini juga turut membina keyakinan diri, memperbaiki gaya penyampaian dan memupuk kemahiran komunikasi yang efektif terutamanya dalam majlis rasmi.
BENGKEL PENGURUSAN DAN PELARASAN
Bengkel Pengurus & Penyelaras kepada Skuad Yayasan UMPSA yang bertujuan sebagai panduan serta bimbingan dalam menguruskan sesebuah program di bawah Yayasan UMPSA. Bengkel ini memberikan pengetahuan dalam penyediaan dokumen, pelarasan jawatankuasa, pelaksanaan multimedia serta publisiti, pengurusan media sosial, dan penulisan laporan sesebuah program. Bengkel yang melibatkan pengurus - pengurus program di bawah Yayasan UMPSA ini adalah penting untuk memperkasakan pengurusan sesebuah program dengan mengadakan sesi perbincangan secara konstruktif dan berkongsikan idea dalam memastikan pelan tindakan sesebuah program dapat berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat.
BENGKEL TEKNOLOGI HIJAU
Bengkel ini diadakan sebagai persediaan rapi bagi pelaksanaan program-program komuniti anjuran Yayasan UMPSA pada masa akan datang. Ia turut bertujuan melahirkan skuad yang berkualiti dan berdaya saing dalam menjayakan inisiatif teknologi berteraskan komuniti.
BENGKEL LIVE STREAMING
Bengkel Live Streaming bertujuan memperkasakan Skuad Yayasan UMPSA dengan pengetahuan mendalam mengenai teori serta elemen asas dalam bidang multimedia. Pendedahan dengan teknik penyediaan 'live stream setup' dan pelbagai tip berguna bagi memastikan kelancaran sesi penstriman langsung.
BENGKEL THINK TANK
Bengkel ini diadakan bagi merangka pelan tindakan, takwim aktiviti, serta pembangunan berstruktur Skuad Yayasan UMPSA untuk sesi yang akan datang. Bengkel ini juga menyerlahkan kemahiran serta pemikiran di luar kotak dalam kalangan ahli skuad, khususnya melalui sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan yang dijalankan secara aktif dan dinamik.