Background Image
Example Image

PENGENALAN

Projek Sentuhan Kasih merupakan salah satu inisiatif khidmat masyarakat anjuran Yayasan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang berteraskan semangat keprihatinan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial terhadap komuniti yang memerlukan, khususnya golongan B40, asnaf, warga emas dan pelajar kurang berkemampuan.​

Matlamat utama projek ini adalah untuk meringankan beban mereka yang memerlukan melalui penyampaian bantuan keperluan asas seperti barangan makanan, pakaian, kelengkapan sekolah dan bantuan kewangan, di samping memupuk nilai empati dalam kalangan warga UMPSA dan masyarakat umum.​

Example Image
Example Image

Projek ini turut membuka ruang kepada pelajar dan staf UMPSA untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti kesukarelawanan dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat, terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan tumpuan sasaran komuniti universiti.

Melalui pelaksanaan Projek Sentuhan Kasih, Yayasan UMPSA bukan sahaja menyalurkan bantuan material, tetapi juga menyemai nilai kemanusiaan dan memperkukuh hubungan silaturrahim antara institusi pengajian tinggi dengan komuniti, sejajar dengan aspirasi universiti sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.​

Example Image

Tempat Program

SENTUHAN KASIH @ PONDOK TAHFIZ RIYADUS SOLIHIN ETIQA - UMP 2019

  • 59 orang pelajar UMPSA terlibat.
  • Pondok Tahfiz Riyadus Solihin, Kampung Semangat, Pekan, Pahang.
  • Bertujuan untuk menyantuni dan memurnikan suasana di kawasan pondok tersebut bersama anak-anak tahfiz.
  • Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat, memasak dan gotong-royong.
TRX City

PROJEK SENTUHAN KASIH @ DUNGUN, TERENGGANU

  • 20 - 23 Januari 2020, melibatkan ​21 skuad Yayasan UMPSA.​
  • Matlamat utama projek ini adalah bertujuan untuk mendidik skuad menjadi jurubicara masyarakat serta menyantuni keluarga desa​
  • Khidmat bakti di rumah warga tua, diikuti dengan pembersihan surau Kampung Besul Baru dan Kampung Besul Lama. Selain daripada itu, Pecha Kucha Night juga telah dijalankan. Manakala waktu terluang pada petang hari dipenuhi dengan aktiviti aktiviti kampung yang mendekatkan skuad dengan penduduk kampung disamping mendapatkan pengalaman baru di sana.​
  • Program khidmat bakti telah dimulakan dengan lawatan ke rumah warga tua, di mana para peserta meluangkan masa bersama mereka sambil menyantuni dan mendengar kisah kehidupan mereka.​
dungun

PROGRAM SENTUHAN KASIH @ BUKIT BESI, TERENGGANU ​(Mac 5, 2022)

  • 21 orang Skuad Yayasan UMPSA telah menyertai program.
  • Bertujuan untuk memberi pendekatan dalam menyantuni masyarakat desa bagi melahirkan mahasiswa yang mampu berdamping dan menjadi jurubicara masyarakat.​
  • Disamping berinteraksi dan ramah mesra bersama penduduk desa Skuad Yayasan UMPSA juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada golongan yang kurang berkemampuan​.
  • Aktiviti memasak dan gotong royong bersama penduduk kampung.​ Program seperti ini bukan sahaja mendekatkan diri Yayasan UMPSA kepada masyarakat malah membawa kepada lembaran baharu serta merasai kehidupan orang disekeliling kita​.
Rolling Ball

PROGRAM SENTUHAN KASIH @ MANONG, PERAK RAPATKAN HUBUNGAN GENERASI MELALUI AKTIVITI SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN

  • Perak, 7 - 10 Mac 2023​, 25 mahasiswa UMPSA dari Skuad Yayasan​ terlibat di Pusat Pengajian Pondok Ar-Ridzuan (PPPAR)
  • Memupuk sikap cakna, toleransi serta kemahiran komunikasi sebagai juru bicara masyarakat dalam kalangan mahasiswa melalui pembahagian keluarga angkat dan aktiviti social​
  • Menunjukkan kepedulian dan keikhlasan sukarelawan UMP dalam memberikan bantuan kepada penduduk sekitar termasuk beberapa masjid berdekatan, balai polis dan stesen minyak Petronas di kawasan Manong, Perak.​
  • Membantu mahasiswa UMP memahami kepentingan sikap berkeyakinan tinggi dan kemahiran komunikasi dalam kalangan masyarakat luar, sambil memberikan manfaat yang nyata kepada warga emas dan penduduk setempat.
  • Ziarah prihatin, pemberian bubur lambuk, gotong royong perdana, sumbangan barangan keperluan harian, luangkan masa bersama warga tua dan aktiviti sukaneka yang melibatkan "mak angkat" di PPPAR.
Spider Sketch

PROGRAM SENTUHAN KASIH @TUMPAT KELANTAN INISIATIF MAHASISWA YAYASAN UMPSA DALAM MERAPATKAN HUBUNGAN MAHASISWA MELALUI AKTIVITI SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN​

  • Februari 7-10, 2024, ​dengan penglibatkan 20 orang Skuad Yayasan UMPSA di​ Pulau Sri Tanjung, Tumpat
  • Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti mencari lokan, memancing, membuat akok, membuat wau, dan dikir barat. Platform untuk menggabungkan unsur kebudayaan tempatan dengan penglibatan mahasiswa.​​
  • Ziarah Prihatin di lakukan, mencerminkan nilai kemanusiaan dan kepedulian sosial.
  • Sumbangan kit bantuan telah diagihkan kepada golongan asnaf, dapat memperkuatkan ikatan emosi dan hubungan antara mahasiswa dan penduduk
Best Man Win

SENTUHAN KASIH YAYASAN UMPSA: MAHASISWA TEROKA BUDAYA MINANG, ERAT SILATURAHIM KOMUNITI​

  • LABU, NEGERI SEMBILAN, Kampung Pelegong. ​18 – 20 JANUARI 2025​
  • Membina hubungan erat antara mahasiswa dan masyarakat setempat mampu memperkasakan nilai perpaduan dan memperluaskan kefahaman tentang warisan budaya yang perlu terus dipelihara.​​​
  • Platform khidmat masyarakat, malah medan terbaik untuk menghayati warisan budaya dan adat tradisi yang kaya dengan nilai-nilai murni.​
  • Gotong-royong di surau kampung, lawatan ke industri kecil, bengkel kraftangan, demonstrasi masakan tradisional, ayam masak lomak cili api, pengagihan 30 kit bantuan kepada warga asnaf​.
  • Malam Kebudayaan, para peserta bersama penduduk kampung mempersembahkan tarian tradisional Minangkabau seperti Tari Piring dan Tari Endang​. Didedahkan dengan adat istiadat perkahwinan minang yang menggambarkan kehalusan seni serta ketinggian adat budaya setempat
We Are
Image

Galeri Projek Sentuhan Kasih