Background Image
Example Image

Objektif

Bagi memupuk semangat jati diri, mencungkil bakat serta melahirkan Skuad Yayasan UMPSA yang berkebolehan dalam aspek kepimpinan, kesukarelawanan dan komunikasi berkesan, satu program team building telah dianjurkan oleh Yayasan UMPSA. Program ini bertujuan meningkatkan keupayaan individu dalam menjalankan peranan sebagai sukarelawan serta membentuk satu pasukan yang dinamik, berdaya saing dan komited dalam menyokong pelaksanaan program-program Yayasan.​

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti dijalankan bagi memperkukuh semangat kerjasama, membina keyakinan diri, serta merapatkan hubungan antara ahli Skuad Yayasan UMPSA dan pihak pengurusan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan berfokus kepada pembangunan fizikal, mental dan sahsiah diri melalui pendekatan yang mencabar, menyeronokkan dan bersifat mendidik.​

Example Image
Example Image

Program ini turut menjadi medium awal bagi memperkenalkan peranan dan tanggungjawab Skuad Yayasan UMPSA dalam menyokong inisiatif-inisiatif yayasan. Diharapkan pengalaman dan ilmu yang diperoleh dapat menjadi nilai tambah yang berguna dalam menyumbang kepada keberkesanan pengurusan program serta pembangunan komuniti pada masa hadapan.​​

Galeri Team Building Heroes