Program Komuniti Belia

Yayasan UMP mewujudkan satu dana atau geran khas bagi pelaksanaan program dan aktiviti komuniti belia dalam meningkatkan peluang pelajar universiti mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kepada komuniti sekaligus melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan.
 

Konsep :

  1. Geran yang memberikan peluang antara kumpulan pelajar UMP dan institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk melaksanakan program berbentuk komuniti.
  2. Menjalinkan kerjasama antara UMP dan masyarakat dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kepada komuniti.
  3. Mengukuhkan lagi peranan pendidikan yang menjadi medium perubahan kepada kehidupan sosial dalam masyarakat majmuk pasca moden.

Kelayakan :

  1. Dibuka kepada pelajar UMP dan IPT di peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  2. Tertumpu kepada pelaksanaan program komuniti seperti bidang sains dan teknologi, pendidikan, alam sekitar, teknologi hijau, pembangunan komuniti dan sebagainya.
  3. Penglibatan daripada kelompok komuniti B40, Felda atau Felcra, orang asli, penduduk bandar dan luar bandar / miskin bandar, gelandangan, belia dan persatuan belia atau komuniti yang dilihat memperoleh manfaat.
  4. Perlu mendapatkan rakan kerjasama terdiri daripada universiti, industri, agensi, badan kerajaan, bukan kerajaan di dalam dan luar negara bertujuan mendapatkan bantuan kewangan atau tajaan.
  5. pemilihan projek komuniti ini akan adalah melalui sesi pembentangan idea yang akan dinilai oleh panel yang dilantik oleh Yayasan UMP.
Ikuti kami di