Mari Sertai Kami

Sukarelawan Yayasan UMP

Skuad Yayasan UMP ini diterajui oleh Majlis Eksekutif yang diketuai oleh Ketua Operasi,  Ketua Setiausaha dan Setiausaha Bahagian yang dilantik dalam mentadbir urus Skuad Yayasan itu sendiri yang berperanan langsung dalam merangka dan melaksanakan program dibawah Yayasan UMP. Dibawah Majlis Eksekutif ini terdirinya Skuad Kanan yang menjadi tunjang kepada Skuad sebagai penyelaras projek kepada program-program yang dilaksanakan. Manakala pengurus projek bagi setiap program dipilih dari kalangan Skuad yang diberi tugas dan peranan dalam menguruskan program yang bakal dilaksanakan seterusnya dibantu oleh Sukarelawan Skuad sebagai peserta dalam program-program yang dijalankan. Untuk menjadi salah seorang daripada Skuad Yayasan UMP anda perlu melepasi syarat-syarat tertentu dan perlu bermula sebagai Sukarelawan Skuad dalam menyertai program yang dijalankan oleh Yayasan UMP.

Syarat Sukarelawan :

  1. Pelajar yang telah mendaftar sebagai pelajar semasa Universiti Malaysia Pahang.
  2. Mempunyai sifat yang sentiasa bersedia untuk tidak bersedia dalam mengharungi cabaran dan tugas yang akan diberikan.
  3. Sentiasa bersemangat dan terbuka dalam mempelajari pekara baru dan berfikiran kreativiti dan inovatif.

Syarat Skuad :

  1. Terdiri daripada Sukarelawan Yayasan UMP.
  2. Pernah menyertai sekurang kurangnya 3 program yang dianjurkan oleh Yayasan UMP sebelum yang dinilai untuk ditemu duga.
  3. Perlu menghadiri sesi temuduga yang dijalankan dan sesi temuduga ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Kelebihan Skuad :

  1. Merit serta sijil penyertaan disediakan 
  2. Mewujudkan nilai tambah dalam diri 
  3. Memperoleh pengalaman dan pelajaran baru 
  4. Meningkatkan kemahiran dalam bidang sosial
Ikuti kami di